Wednesday, December 8, 2010

Aku Seorang Patriot

Aku seorang patriot

“…political freedom cannot exist without economic freedom; a free mind and a free market are corollaries” – Ayn Rand (1961)

Aku mungkin mewakili pandangan yang agak terpinggir dari arus aliran pemikiran nasional. Aku sentiasa berharap agar masyarakat sedar dan menerima pasaran bebas dan individualisme dengan lebih rasional, bukan emosional. Seolah-olah aku melakukan suatu jenayah yang cukup besar pula apabila aku mempertahankan premis ini. Aku cuma berniat mendidik rakyat mengenai “the righteous of free market, individualism and democracy

Seorang sarjana sains politik Amerika, Adam J. Berinsky pernah berkata “In the battle between facts and partisanship, partisanship always wins” Benarkah begitu? Aku rasa ramai yang berfikiran bahawa menumbangkan Barisan Nasional adalah misi utama Pakatan Rakyat. Ada pula yang tidak segan silu menyuarakan agar rakyat mengenepikan aliran pemikiran, sebaliknya bersatu mengalahkan kebesaran Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang akan datang. Aku tidak tahu hendak berpolitik, akan tetapi aku tahu untuk melakukan sesuatu yang betul dan tertakluk kepada amalan individualisme, demokratik dan pasaran bebas. Aku tidak kisah sangat dicemuh dan dikritik senyap-senyap kerana aku tidak sempurna.

Populariti kerajaan besar

Di Malaysia umpamanya, fakta adakalanya diketepikan demi meraih populariti undi rakyat. Kerajaan pula seakan-akan dikerah menjadi tempat mendapatkan segala bentuk kebajikan dan wang ringgit mengakibatkan daya kebergantungan terhadap institusi kerajaan bertambah tinggi. Semakin besar kerajaan, semakin bahagia masyarakat Malaysia. Aku bertambah bimbang dengan sistem kerajaan hari ini yang sentiasa menyelamatkan apa jua yang menimpa rakyat semacam Superman. Tidak perlu aku jelaskan segala jenis kebobrokan penyelamatan yang dibuat oleh kerajaan khususnya ke atas pemberian subsidi, projek-projek bernilai berbilion-bilion atau korporat kronisme, atas nama rakyat! Inilah kesannya daripada amalan kerajaan besar.

NEM adalah fakta gerun

Model Ekonomi Baru (NEM) adalah berlandaskan fakta dan betapa gerunnya fakta tersebut apabila ia mampu menggugat mana-mana kuasa politik sekiranya mengambil sikap memejamkan sebelah mata terhadap cadangan-cadangan laporan itu. Walaupun laporan tersebut berjaya dikompromi dalam beberapa hal (hak-hak Bumiputera dikekalkan dek lobi kuat kelompok tertentu), namun dalam kebanyakan kenyataan yang digariskan amat jelas; kerajaan harus kembali berperanan terhad dan bertenaga, sistem ekonomi dipacu oleh pasaran dan sekurang-kurangnya laporan ini telah melontarkan cadangan kritikal untuk meletakkan negara di atas landasan yang tepat. Kawalan dan perancangan pusat ekonomi adalah gagal. F.A Hayek (1944) pernah menulis bahawa Economic control is not merely control of a sector of human life which can be separated from the rest; it is the control of the means for all our ends. And whoever has sole control of the means must also determine which ends are to be served, which values are to be rates higher and which lower, in short, what men should believe and strive for.”[1]

Antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat?

Sekali lagi, keazaman politik mana yang paling kuat yang sanggup mengambil cadangan laporan tersebut sebagai ketetapan rasmi dasar? Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat? Janganlah mempersiak-siakan usaha dan titik peluh ahli-ahli ekonomi terbaik dalam dan luar negara yang terlibat dalam penghasilan dokumen tersebut. Sekiranya kerajaan tidak mengendahkan nasihat mereka, apatah lagi mendengar rintihan rakyat berpatriotik macam aku, petani, nelayan, pencuci, penyapu sampah, dan pelayan.

Seseorang yang berpatriotik harus berdiri menegakkan kebenaran dan menegur pemerintah bilamana kesalahan dilakukan tanpa mengira mengira parti politik. Aku hairan, bagaimana Pakatan Rakyat dituduh sebagai tidak patriotik dan anti nasional hanya kerana kerap kali mengkritik Barisan Nasional dalam dan luar negara? Agaknya Barisan Nasional keliru di antara entiti sebuah negara dan entiti sebuah kerajaan walhal Pakatan Rakyat berbuat demikian untuk menyelamatkan Malaysia yang disayangi daripada dipunah oleh kerajaan yang semakin terdesak.

Kagum kisah politik Ron Paul

Aku amat mengagumi Ahli Kongres Amerika, Ron Paul dalam bukunya berjudul Mises and Austrian Economics: A personal view yang menghuraikan bagaimana beliau menceburkan diri dalam politik negara kuasa besar itu setelah melihat keruntuhan sistem ekonomi dan politik yang ternyata tidak memihak kepada prinsip Mises. Harga dikawal oleh kerajaan yang ketika itu ditadbir oleh Nixon, akhirnya meranapkan sistem gaji dan pekerjaan pula tergugat. Ron Paul tidak memerlukan restu daripada Ketua Umum atau Mursyidul Am untuk bertanding, sebaliknya restu keyakinan dan kepercayaannya telah mendorong beliau untuk mewakili puak Republikan pada awal tahun 1970 an

“At the time I was convinced, like Ludwig von Mises, that no one could succeed in politics without serving the special interests of some politically powerful pressure group. Although I was eventually elected, in terms of a conventional political career with real Washington impact, he was absolutely right. I have not developed legislative influence with the leadership of the Congress or the administration. Monies are deliberately deleted from routine water works bills for my district because I do not condone the system, nor vote for any of the appropriations.”


Inilah perbedaan yang ketara di antara demokrasi matang Amerika dan demokrasi separuh masak Malaysia. Aku memang berharap agar kuasa ketiga yang pernah digembar gemburkan berupaya menggugat status quo sistem dua parti sebelum ini dari segi memiliki kualiti; memperjuangkan kebebasan individu, kerajaan kecil sementara memperkasakan negeri dan mengangkat martabat pasaran bebas.


Harapan keunikan kuasa ketiga

Alangkah malangnya seandainya kuasa ketiga yang bakal diterajui oleh Zaid Ibrahim terus mengikut rentak politik populariti semasa untuk mendapatkan kuasa. Mengapa tidak diusahakan terlebih dahulu idea ini sebelum beralah? Apakah prinsip kebebasan individu, kerajaan kecil dan pasaran bebas tidak mampu dipopularkan sepertimana rasuah, kronisme dan diselitkan dengan amalan sosialisme? Seseorang harus meletakkan batu asas kepada penubuhan gagasan tersebut, biar kecil namun menawan.


Medecci Lineil adalah individu yang bercita-cita ingin menubuhkan Tea Party Movement di Malaysia.



[1] F.A. Hayek, The Road to Serfdom, page 68

No comments:

Post a Comment